|

Kata-kata aluan Menteri
Perkembangan
Pendidikan
Matlamat
Pendidikan Negara
Polisi
Pendidikan Negara
Struktur Organisasi
Jabatan-jabatan/
Unit-unit
Sistem Sekolah
Direktori
Sekolah-sekolah
Statistik
Sekolah-sekolah
Penerbitan
Berita Terkini
Lain-lain
Laman Web
Maklumbalas |
DASAR PENDIDIKAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
-
Melaksanakan sistem pendidikan negara yang mengutamakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan menggunakan bahasa-bahasa lain
seperti Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Arab sebagai bahasa
pengantar.
-
Menyediakan pendidikan selama 12 tahun bagi setiap pelajar iaitu
7 tahun pendidikan rendah, 3 tahun menengah bawah dan 2 tahun
menengah atas atau sekolah vokasional atau teknikal.
-
Menyediakan peperiksaan awam yang sesuai
dan seragam mengikuti peringkat termasuk bagi yang berkeperluan
khas di semua sekolah seluruh negara.
-
Memberikan pendidikan agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah
melalui kurikulum sekolah.
-
Menyediakan kemudahan dan keperluan pendidikan Matematik, Sains,
Teknikal dan Teknologi Maklumat dan kemahiran hidup bagi
membolehkan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan yang sentiasa
berubah.
-
Menyediakan program perkembangan dan pembangunan diri melalui
kegiatan-kegiatan kokurikulum yang sesuai dengan falsafah negara.
-
Menyediakan pendidikan tinggi bagi mereka yang berkebolehan dan
berkelayakan, berdasarkan kepada keperluan negara dari semasa ke
semasa, melalui skim biasiswa kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia dan biasiswa Syarikat Minyak Brunei Shell.
-
Menyediakan infrastruktur pendidikan yang sebaik mungkin bagi
memenuhi keperluan negara dari semasa ke semasa.
|