`
The Government of Brunei Darussalam

FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan Negara Brunei Darussalam adalah usaha yang berterusan bersumberkan naqli dan aqli ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insane yang berilmu dan berkepandaian, beriman, bertaqwa dan beramal serta berakhlak Mulia yang akan menimbulkan suatu identity kebangsaan berdasarkan falsafah negara iaitu Melayu Islam Beraja bersendikan kepada ajaran-ajaran Agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai tapak pertumbuhan ketaatan kepada Agama, Raja dan Negara Brunei Darussalam.  

VISI

 

MISI

 

DASAR PENDIDIKAN

§           Melaksanakan sistem pendidikan negara yang mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan menggunakan Bahasa-bahasa utama seperti Bahasa Inggeris dan / atau Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar.

§           Menyediakan pendidikan selama dua belas (12) tahun bagi setiap pelajar iaitu tujuh (7) tahun pendidikan rendah termasuk satu (1) tahun prasekolah, tiga (3) tahun di menengah bawah dan dua (2) tahun di menengah atas atau sekolah vokasional atau maktab teknikal.

§           Menyediakan kurikulum bersepadu dan peperiksaan awam yang sesuai dan seragam mengikut peringkat termasuk keperluan khas di semua sekolah seluruh negara.

§           Memberikan pendidikan Agama Islam menurul Ahli Sunnah Wal-Jamaah melalui kurikulum sekolah.

§           Menyediakan kemudahan dan keperluan pendidikan matematik, sains, teknikal dan teknologi maklumat bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan  yang sentiasa berubah.

§           Menyediakan program perkembangan dan pembangunan diri melalui kegiatan kegiatan kokurikulum yang sesuai dengan falsafah negara.  

§           Menyediakan pendidikan tinggi bagi mereka yang berkebolehan dan berkelayakan, berdasarkan kepada keperluan negara dari semasa ke semasa.

 

§           Menyediakan infrastruktur pendidikan yang sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan negara.

  MATLAMAT PENDIDIKAN

 Memaksimumkan potensi setiap individu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membentuk masyarakat pembangun dengan berteraskan falsafah negara Melayu Islam Beraja.

   
 


||
Kata-kata aluan Menteri | Perkembangan Pendidikan | Matlamat Pendidikan Negara | Polisi Pendidikan Negara | Struktur Organisasi | Jabatan-jabatan/Unit-unit | Sistem Sekolah | Direktori Sekolah-sekolah | Statistik Sekolah-sekolah | Penerbitan | Berita Terkini | Lain-lain Laman Web | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||