
VISI
Pendidikan berkualiti ke arah kemajuan dan kemakmuran negara
MISI
Menyediakan pendidikan menyeluruh untuk semua bagi mencapai potensi maksimum
§
Melaksanakan sistem pendidikan negara yang mengutamakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara dan menggunakan Bahasa-bahasa utama seperti Bahasa
Inggeris dan / atau Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar.
§
Menyediakan pendidikan selama dua belas (12) tahun bagi setiap pelajar
iaitu tujuh (7) tahun pendidikan rendah termasuk satu (1) tahun prasekolah, tiga
(3) tahun di menengah bawah dan dua (2) tahun di menengah atas atau sekolah
vokasional atau maktab teknikal.
§
Menyediakan kurikulum bersepadu dan peperiksaan awam yang sesuai dan
seragam mengikut peringkat termasuk keperluan khas di semua sekolah seluruh
negara.
§
Memberikan pendidikan Agama Islam menurul Ahli Sunnah Wal-Jamaah melalui
kurikulum sekolah.
§
Menyediakan kemudahan dan keperluan pendidikan matematik, sains, teknikal
dan teknologi maklumat bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan
dan kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan
yang sentiasa berubah.
§
Menyediakan program perkembangan dan pembangunan diri melalui kegiatan
kegiatan kokurikulum yang sesuai dengan falsafah negara.
§
Menyediakan pendidikan tinggi bagi mereka yang berkebolehan dan
berkelayakan, berdasarkan kepada keperluan negara dari semasa ke semasa.
§
Menyediakan infrastruktur pendidikan yang sebaik mungkin bagi memenuhi
keperluan negara.
MATLAMAT PENDIDIKAN
Memaksimumkan potensi setiap individu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membentuk masyarakat pembangun dengan berteraskan falsafah negara Melayu Islam Beraja.