Jabatan Kenaziran 

Sekolah-Sekolah


Pemangku Pengarah
Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa

 
Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah,
Blok 2I, Tingkat II
Kondominium Jalan Ong Sum Ping
Bandar Seri Begawan BB1311
Negara Brunei Darussalam.
 
 
 Tel. No. : +673 2230100
 Fax No. : +673 2230131
 e-mail    : di@moe.edu.bn

 

Misi

Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah komited untuk memeriksa, menyelia, menilai, memberi laporan dan memberikan bantuan kepakaran yang berkualiti tinggi agar pendidikan di negara ini berkembang maju dan kualitinya berjaya mencapai tahap yang optimum.

  Matlamat

  Memungkinkan semua sekolah di negara ini berjaya mencapai tahap piawaian pendidikan kebangsaan yang berkualiti tinggi.

 

Fungsi

  ·            Memberi maklumat kepada Menteri Pendidikan tentang keadaan sekolah-sekolah.

·            Memeriksa perjalanan sekolah-sekolah dengan tujuan untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran berkembang maju dan terpelihara.

·            Menasihat pengetua-pengetua, guru-guru besar dan guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran.

·            Melaksanakan tugas-tugas lain berhubung dengan pemeriksaan sekolah-sekolah seperti yang diarahkan oleh Menteri Pendidikan.

 

Bidang Tugas

Mengawal dan memastikan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah di negara ini terjamin dan terpelihara selaras dengan kehendak dasar dan matlamat pendidikan negara.

  Peranan

1.         Memeriksa sekolah melalui pengauditan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2.         Mencerap pengajaran dan pembelajaran.

3.         Mengenalpasti keperluan perkembangan kependidikan.

4.         Memberi bantuan profesionalisme dan khidmat nasihat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran kepada pentadbir sekolah, guru-guru, jabatan dan pihak-pihak yang memerlukan.

5.   Menyediakan/memberi laporan mengenai perkembangan kependidikan kepada pihak-pihak yang berwajib.

 

Tugas dan Tanggungjawab

  1.         Memeriksa sekolah melalui:

·       Pemeriksaan Penuh Sekolah

·       Pemeriksaan Susulan

·       Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran

·       Pemeriksaan Khas.

2.         Memantau pelaksanaan dasar-dasar dan arahan-arahan Kementerian Pendidikan.

3.         Menyelia perlaksanaan kurikulum dalam mata pelajaran khusus di peringkat pra, rendah dan menengah.

4.         Mencerap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran khusus, peringkat pra, rendah dan menengah.

5.         Menasihat dan memberi pandangan dan syor berkenaan dapatan-dapatan penilaian/pencerapan/pemeriksaan.

6.         Menghadapkan laporan berkenaan standard pembelajaran di peringkat rendah dan menengah.

7.         Mengendalikan kursus/bengkel/seminar/ceramah untuk pentadbir-pentadbir sekolah dan guru-guru.

8.         Menyediakan laporan tentang perkembangan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran khusus di peringkat pra, rendah dan menengah pada setiap akhir tahun.

9.         Memata-matai perjalanan persekolahan sekolah-sekolah di bawah pengawasan masing-masing.

10.      Memberi khidmat kepakaran di dalam mata pelajaran khusus, peringkat menengah, rendah, pra dan kepada pihak yang memerlukan.

11.      Melaksanakan dan memastikan kejayaan perlaksanaan Tekad Pemedulian Orang Ramai, Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah.

12.      Mematuhi Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Etika Nazir.

13.      Melaksanakan tugas-tugas dan arahan-arahan Pengarah dan Penolong Pengarah.

 

Aktiviti

1.         Penilaian penuh sekolah (PPS).

2.         Pemeriksaan susulan penilaian penuh sekolah dan pemantauan rancangan pembaikan sekolah (School Improvement Plan).

3.         Pemantauan pengajaran dan pembelajaran.

4.         Pemeriksaan Khas.

5.         Penyiasatan kes-kes aduan/arahan.

6.         Lawatan sekolah-sekolah di bawah jagaan.

7.         Mengkompil Laporan Tahunan mata pelajaran bagi peringkat pra, rendah dan menengah.

8.         Penglibatan dalam Jawatankuasa Mata Pelajaran.

9.         Sumbangan khidmat dan kepakaran dalam aktiviti-aktiviti Kementerian Pendidikan dan masyarakat.

10.     Perlaksanaan tugas pentadbiran am.



|| Struktur Organisasi | Misi | Matlamat | Fungsi | Bidang Tugas | Peranan |
 
Tugas dan Tanggungjawab | Aktiviti |  Feedback ||

 

 
 

|| Visi, Misi & Objektif | Fungsi | Bahagian-bahagian | Maklumbalas ||
Kementerian Pendidikan

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||