JABATAN
PERANCANGAN, PERKEMBANGAN DAN PENYELIDIKAN

Pengenalan

Pengarah
Awang Haji Suhaila bin Haji Abdul Karim

 
Tingkat 3, Blok C
Kementerian Pendidikan
Jalan Airport Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
 
Tel. no: +673 2380115
Fax no: +673 2380115

Mukadimah

Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan berfungsi di bawah tiga bahagian yang berasingan yang terdiri dari Bahagian Perancangan, Bahagian Perkembangan dan Penyelidikan dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat berperanan dan bertanggungjawab membantu pihak Kementerian Pendidikan dalam merancang, menyelidik dan melaksana program/projek pendidikan serta mengendalikan pengurusan sistem teknologi maklumat dan menyediakan perangkaan pendidikan disamping memberikan bimbingan-bimbingan yang bersesuaian bagi meningkatkan perkembangan profesional guru-guru.

Visi

Berusahasama melaksanakan dan menyediakan perancangan dan penyelidikan yang sahih dan sempurna sebagai asas bagi perkembangan pendidikan dan pembentukan polisi yang terkini serta membentuk sistem maklumat dan perangkaan pendidikan yang bersepadu, tepat, teratur dan kemaskini yang dapat memenuhi kehendak peredaran masa dan perkembangan teknologi masa kini selaras dengan matlamat dan dasar pendidikan Negara.

Misi

Menyediakan perancangan dan penyelidikan serta maklumat dan perangkaan pendidikan yang berkualiti, tepat dan teratur serta melaksana dan menilai projek-projek pendidikan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat dan Negara .

Matlamat

Menyediakan keperluan sumber tenaga manusia yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berkemahiran terkini dalam berbagai bidang dan menyediakan data dan maklumat perancangan, penyelidikan dan perangkaan yang berkualiti yang dapat diselaraskan ke dalam dasar pendidikan Negara yang berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja.
   
 


||
Pengarah, Mukadimah, Visi, Misi & Objektif | Struktur Organisasi | Fungsi | Bahagian-bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||
Kementerian Pendidikan

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||