
 |
Bahagian-bahagian
Tanggungjawab Bahagian-bahagian
-
Bahagian Pentadbiran
-
Bahagian ini berfungsi mengendalikan urusan Pentadbiran jabatan. Urusan tersebut
adalah seperti hal ehwal kewangan, pendaftaran peperiksaan, surat menyurat, permohonan
cuti, tambang pegawai dan sebagainya.
-
Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan Peperiksaan
-
Bahagian Binaan, Percetakan dan Komputer
-
Bahagian ini antara lain bertanggungjawab dalam menyediakan hal-hal berhubungkait
dengan kertas-kertas soalan, skim pemarkahan penilaian kertas-kertas soalan, memasukkan
pendaftaran peperiksaan calon ke komputer, memasukkan markah-markah calon ke komputer,
slip keputusan calon, keputusan peperiksaan dan analisa keputusan peperiksaan.
-
Bahagian Penyelidikan dan Kajian
-
Bahagian ini bertanggungjawab untuk membuat penyelidikan mengenai dengan pencapaian
calon dalam apa jua jenis peperiksaan terutama sekali peperiksaan yang diduduki oleh
calon-calon sekolah. Hasil daripada penyelidikan itu nanti, Jabatan ini akan dapat
memberi maklumat ke Jabatan-jabatan di Kementerian Pendidikan untuk difikirkan bersama
demi memperbaiki kualiti pendidikan.
|