Piagam Pelanggan
Jabatan Peperiksaan memberikan perkhidmatan yang berkesan lagi bersopan-santun,
mesra, ikhlas, jujur, cekap dan tepat. Oleh itu Jabatan ini berusaha untuk melaksanakan
perkara-perkara berikut:
-
Memastikan pendaftaran peperiksaan dilaksanakan dalam tempoh satu bulan.
-
Mempastikan peperiksaan-peperiksaan yang dikendalikan dengan adil dan saksama.
-
Mengeluarkan keputusan-keputusan peperiksaan tempatan selewat-lewatnya 1-10 bulan
dan peperiksaan luar negeri selewat-lewatnya 2-3 bulan.selepas peperiksaan.
-
Memastikan semua permohonan testimonial sijil peperiksaan dalam negeri disiapkan
selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh permohonan.