The Government of Brunei Darussalam
 

 

 


Pegawai Tugas-Tugas Khas

Awang Rasani bin Hamid
 
 
Tingkat 2, Blok B
Kementerian Pendidikan
Jalan Airport Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
 
Tel no: +673 2381133 ext 2209 / 2210
Fax  no: +673 2381238

Pengenalan

Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Negara Brunei Darussalam telah ditubuhkan pada tahun 1990 atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sebagai sebuah badan pengiktirafan tunggal, Majlis diberikan tanggungjawab untuk menilai dan mengiktiraf kelulusan-kelulusan, umumnya bagi tujuan pekerjaan. Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, Majlis dibantu oleh sembilan buah jawatankuasa kecil. Setiap jawatankuasa bertanggungjawab terhadap satu-satu disiplin atau bidang. Bidang-bidang yang dimaksudkan ialah Perakaunan dan Pengurusan; Kejuruteraan dan Seni Bina; Perubatan; Pendidikan; Sains dan Alam Sekitar; Perhubungan; Pengajian Ugama Islam; Undang-Undang; dan Ketenteraan dan Keselamatan. Urusetia Majlis, yang diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas (Setiausaha Majlis) memberikan perkhidmatan tadbir dan sokongan termasuklah penyediaan kertas-kertas kerja, menjalankan kerja penyelidikan, mengadakan permesyuaratan dan mengurus segala persuratan.

 

   
 

||
Pengenalan | Visi, Misi & Objektif | Tugas & Tanggungjawab | Struktur Organisasi
| Tekad Pemedulian Orang Ramai | Maklumbalas ||
Kementerian Pendidikan

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||